Mesej Pengasas
Siapa Kami
Gabungan Kepakaran Online dan Offline
Kami Bersama Memberikan Terbaik Buat Industri Umrah dan Haji
e-Mutawwif.com adalah gabungan kepakaran dua syarikat Akademi Mutawwif (Mutawwif Training & Consultancy Academy Sdn Bhd) dan FINE Training Academy Sdn Bhd.

MUTAWWIF TRAINING & CONSULTANCY ACADEMY SDN. BHD. atau lebih dikenali sebagai AMTC merupakan sebuah platform penyediaan latihan khususnya dalam bidang Haji & Umrah yang telah bertapak sejak tahun 2011 dalam menyediakan latihan bermodul lengkap ibadah Haji dan Umrah kepada Mutawwif di seluruh pelusuk Malaysia.
Pihak AMTC menyediakan latihan yang mempunyai perincian mengikut skop tertentu seperti : Asas Mutawwif, Pengurusan Haji & Umrah, Pengurusan Usahawan & Kerjaya, Motivasi Umrah & Haji, Kefahaman teori & amali perlaksanaaan Haji & Umrah. Slot latihan yang disediakan pihak AMTC akan dikelolai oleh tenaga pengajar yang mahir dan berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam bidang Haji & Umrah. Perlaksanaan modul pembelajaran yang digunakan adalah sistematik dan mengikut panduan semasa dalam industri Haji & Umrah bagi memastikan pengisian yang diperolehi oleh peserta seiring dengan pengetahuan yang diselaraskan mengikut keperluan industri Haji & Umrah.
Pihak AMTC juga telah melahirkan lebih 5000 orang graduan Mutawwif yang telah mengikut program pensijilan secara Intensif. Mutawwif yang dihasilkan oleh pihak AMTC sebelum ini telah mendapat banyak tawaran sebagai Mutawwif daripada agensi pelancongan secara sepenuh masa mahupun sambilan. Selain itu, Mutawwif AMTC lebih berketerampilan dan berkeyakinan dalam menyampaikan ilmu dalam bidang Haji & Umrah kepada masyarakat.

FINE Training Academy Sdn Bhd (FINE Academy) adalah sebuah syarikat latihan dan perundingan yang sudah bertapak di Malaysia sejak tahun 2009. Mengkhusus kepada membangun potensi manusia dalam 4 bidang utama iaitu pembangunan diri, kepimpinan, komunikasi dan pengurusan bisnes.
Mereka sudah mengendalikan kursus kepad lebih daripada 20,000 orang peserta sejak tahun 2009 hingga sekarang. Antara pelanggan utama mereka adalah Tenaga Nasional Berhad, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Komunikasi dan banyak lagi.
Pada tahun 2019, FINE Academy melancarkan sistem pembelajaran online Belajarlah.My dan sudah diguna pakai sebagai tapak pembelajaran secara online oleh individu, agensi kerajaan dan swasta.
Rakan Strategik e-Mutawwif
Kami menggabungkan kepakaran industri


