Bina Kompetensi dalam Bidang Umrah dan Haji

Sertai Kursus Intensif Online Kami

Kami Bantu Anda Untuk Celik Ilmu Umrah dan Haji

Panel Pakar Kami

datodaudchengah
datukhjkamal
ustazabdullahars
ustazabdmuein
drarahman
ustazkamaruzzaman
ustazahmaznahdaud
ustazafifiahmad
ustazlongkechik
hjhmasriyah
ustazbasir
tuanshamsuddinkadir
drazizulamar
drjannatulmadihah
Kami Reka Kursus Ikut Keperluan Anda

Pilih Tahap Kursus Sesuai dengan Anda

intro

Intro

Webinar pengenalan kepada haji dan umrah ini adalah kursus khas berjadual yang kami adakan untuk memberikan pengenalan mengenai strategi untuk mencapai Impian Umrah dalam Masa 3 bulan dan Haji dalam Masa 3 Tahun.

asas

Asas

Kursus ini amat sesuai untuk individu yang ingin mendalami ilmu asas mengenai umrah dan haji. Kursus sepenuhnya secara kendiri ini menggabungkan 10 modul utama khas untuk para individu yang bakal menunaikan ibadah haji dan umrah.

advance

Advance

Kursus ini adalah khusus untuk para individu yang berminat meningkatkan ilmu dan kemahiran diri dalam bidang umrah dan haji. Ia direka untuk mereka yang ingin menjadi mutawwif buat diri, keluarga dan sanak saudara. Pengisian 12 modul termasuk sesi coaching secara berkumpulan.

mastery

Mastery

Kursus khas buat individu yang berminat untuk menceburi industri umrah dan haji sebagai seorang usahawan dan mutawwif professional. Program persijilan yang meliputi sesi pembelajaran kendiri, coaching mingguan, soal jawab pakar, kuiz, tugasan hinggalah proses audit komprehensif. Persijilan diiktiraf oleh pihak industri dan ditauliah oleh badan akademik profesional

Soalan Lazim

Kursus dikendalikan oleh pihak e-Mutawwif.com adalah sepenuh online. Ia berlaku di platform khas yang dibangunkan menggunakan Sistem Pembelajaran Online terkini dengan beberapa ciri hebat sesuai dengan norma baru.

Para peserta akan berinteraksi secara langsung melalui portal khas dan juga platform Zoom Meeting mengikuti jadual yang ditetapkan oleh pihak e-Mutawwif.

Buat pengetahuan semua, kursus di e-Mutawwif ini terbahagi kepada dua jenis iaitu:

a) Belajar Secara Kendiri

Ini hanya untuk Kursus Sijil Asas sahaja, iaitu Anda boleh mendaftar bila-bila masa dan boleh belajar bila-bila masa. Anda daftar hari ini terus mendapat akses pada hari ini dan boleh terus belajar.

b) Belajar Secara Berjadual

Kursus pada tahap Sijil Advance dan Sijil Mastery kedua-duanya mempunyai jadual khusus. Ini boleh diperolehi di ruangan e-Mutawwif ini. 

Kami akan buat pengumuman daripada semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai jadual boleh hubungi talian HOTLINE kami di (+6) 010 4071700. Terima kasih.

Kesemua proses pembelajaran di e-Mutawwif adalah melalui Sistem Pelajaran online yang mana setiap pelajar akan diberikan Login ID dan Kata Kunci (Password) unik .

Ia khas untuk setiap seorang peserta. Para peserta yang boleh menonton melalui sistem ini dan tidak dapat dimuat turun.

Kursus peringkat Sijil Advance diadakan setahun 6 kali iaitu setiap dua bulan sekali. Manakala kursus peringkat Sijil Mastery adalah berdasarkan ketetapan rakan kerjasama kami yang mengendalikan pendaftaran bagi pihak e-Mutawwif.

Namun berita mengenainya dapat diperoleh melalui laman web e-Mutawwif dan Facebook e-Mutawwif. Kami akan maklumkan daripada semasa ke semasa.

Soal Jawab bersama pakar hanya diberikan keistimewaan kepada para pelajar di peringkat Sijil Advance dan Sijil Mastery sahaja.

Para pelajar Sijil Advance dapat bertanya soalan secara langsung melalui sesi Coaching yang diadakan satu kali dalam tempoh 3 minggu pembelajaran.

Manakala pelajar di peringkat Sijil Mastery dapat bertanya langsung dalam sesi Coaching setiap 2 minggu sekali selama 12 minggu bersama dengan kami.

Tambahan daripada itu pelajar peringkat Sijil Mastery mendapat keistimewaan bertanya melalui ruang online pada setiap modul pembelajaran mereka.

Soalan-soalan berkaitan teknikal dan sistem boleh diajukan soalan melalui Group Telegram Khas pelajar.

Segala persoalan akan dijawab oleh Pihak Pengurusan mengikut waktu bekerja iaitu:

  • Isnin hingga Jumaat jam 8.30 pagi hingga 5.45 petang.
  • Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup

Luar daripada waktu bekerja, Pihak Pengurusan akan mengambil masa lebih sedikit untuk menjawab persoalan.

Waktu aktif untuk balas mesej WhatsApp/Telegram adalah waktu mengikut operasi pejabat. Maklum balas perlahan dari Pihak Pengurusan jika di luar waktu operasi.

Walaubagaimanapun, Pihak Pengurusan akan cuba berinteraksi dan membantu anda sekiranya mengalami masalah tertentu dalam sesi pembelajaran nanti.

Buat pengetahuan Anda, para pakar yang terlibat dalam membangunkan modul-modul kami ini adalah antara panel penggubal modul umrah dan haji di Tabung Haji.

Ada yang pernah menjadi Pengurus Besar di Tabung Haji, dan ada yang pernah berkhidmat di Mekad dan Madinah menguruskan jemaah haji.

InsyaAllah modul ini amat komprehensif dan jika Anda mempunyai permasalahan mengenainya boleh berinteraksi langsung dengan pakar-pakar bidang kami (Khas untuk Sijil Advance dan Mastery)

Ya, Kursus Pro Umrah Haji ini boleh diakses melalui mana-mana peranti teknologi yang lain kerana ia adalah MESRA MOBILE. Dapat diakses melalui telefon bimbit dan juga tab

Apa yang penting, pastikan setiap peranti teknologi yang digunakan untuk mengakses kursus online ini mempunyai sambungan ke rangkaian internet yang bagi memudahkan dan melancarkan sesi pembelajaran anda dengan sempurna. Lebih baik sambungan internet berkelajuan tinggi.

Scroll to Top